Wednesday, March 31, 2010

Tika itu

Hati aku terluka
luka hati dek kerana tuduhan itu
demiMu Ya Allah
diri aku tidak tegar lakukan itu

Kutahu
dirimu diasuh bukan untuk melukis kehinaan
dirimu dididik bukan untuk mengukir kebodohan
dirimu dibelai bukan untuk melakar keangkuhan
dirimu dijaga bukan untuk menonjol kesombongan

Tetapi
dirimu diasuh untuk melihat keagungan Allah
dirimu dididik untuk mengetahui kekuasaan Tuhan
dirimu dibelai untuk mendakap kebesaranNya
dirimu dijaga untuk meraih keberkatan dariNya

Namun
Kau begitu alpa sekali
Kau begitu angkuh sekali
kau memang sombong!
Kau lupa diri kau siapa!

Ingatlah
fitnah yang kau taburkan itu
tidak sedikit melemahkan jiwaku
kerna kutahu nun jauh disana
kebenaran akan tetap tercipta
aku redha kerna kupercaya di situ
terciptanya kekuatan untukku

Hidup umpama roda
tidak pada kau
anak, cucu dan keturunan kau pasti merasai
merasai betapa pedihnya tuduhan kau itu
rasailah diri kau tika itu

Dan ingin sekali pada waktu itu
kau akan ingat kembali segalanya
perbuatan yang telah kau buat
ku akui tiada siapa tahu isi hati kau
tetapi ingat
DI ATAS sentiasa mendengar bisikan kau itu.

Monday, February 8, 2010

Muara Syurga

Panas membahang lagi hari ini
tidak seperti hari-hari lalu
mungkin alam menyimpan perasaan
perasaan yang penuh dengan dendam
dendam melihat diri itu.

Diri yang begitu alpa
alpa dengan syurga dunia
agama diketepikan adat dibuang
dianggapnya itu benteng penghalang
penghalang untuk menggapai nikmat duniawi
sungguh angkuh diri itu.

Diriku dirimu tidak sebaik Fatimah Ah-Zahra
tetapi aku ingin sekali menjadi sepertinya
jadikannya idola dalam keperibadianku
jadikannya kayuhan untuk menuju muara syurga.

Diriku dirimu tidak sekuat Siti Khadijah
tetapi aku ingin sekali menjadi sepertinya
jadikanku wanita persis dalam kelembutannya
jadikanku sayap untukku gapai keredhaanNya.

Friday, January 22, 2010

Hawa

Kicauan burung memecah hening pagi,
Hawaku masih di situ lagi,
Sampai bila harus kau tunggu?
Sampai bila?
Tidak mungkin kau akan berubah hanya kerana
menunggu masa untuk berubah.
Tidak mungkin!

Masa akan terus berlalu,
Berlalu dan terus berlalu.
Meninggalkan sisa-sisa kehidupan kau satu tika dulu.
Sisa-sisa kehidupan kau yang sirna.
Sedang kau masih lagi dibuai mimpi-mimpi indah.

Wahai Hawaku,
Walaupun segalanya telah tercalar,
Kau perlu bangun daripada pelukan dosa-dosa silam.
Biarkan masa itu berlalu.
Berlalu meninggalkan kehidupan yang kotor itu.
Taubatlah...selagi pintu itu masih terbuka.
Sesungguhnya Allah swt Maha Pengampun.
Taubat akan mendekatkan dirimu dengan diriNya kembali.

Hawaku,
Sedarilah bahawa kau adalah insan yang paling bertuah.
Peliharalah hatimu agar sentiasa dekat dengan PenciptaMu.
Kuyakin Dia tidak pernah mengecewakan siapa-siapa.
Kutahu segala yang terbuku di ruang hatimu.
Kerna ku jua Hawa sepertimu.
Ingin menjadi bidadari di taman Firdausi.

Thursday, January 21, 2010

Suara anak

Kadang-kadang aku merasakan hidup aku begitu sunyi sekali,
Kenapa eaa?
Entahlah...
Aku sendiri tertanya-tanya di benak fikiranku.
Aku sendiri tidak mengerti dengan diri aku.
Tetapi...
Aku masih merasakan diri aku insan yang paling bertuah.
Eaa..paling bertuah dalam dunia nie.
Kenapa eaa?
Sebab aku masih lagi ada insan yang paling kucintai.
Insan yang paling kusayangi dan rindui.
Sapa lagi kalau bukan mak dan abah aku.
Bila dekat dengan insan ini...
telinga tak tahan pulak mendengar leteran..
Bila dah jauh, rindu pulak nak dengar bebelan.
itulah aku...
Hanya satu impian aku sebelum jasad ku pergi
meninggalkan kenangan abadi di dunia ini.
Aku akan hantar mak abah ke Mekah.
InsyaAllah....
Kerna kutahu itulah impian mak abah.
impian mak abah impian ku yang satu.
Impian yang satu untuk membalas jasa mereka.