Friday, January 22, 2010

Hawa

Kicauan burung memecah hening pagi,
Hawaku masih di situ lagi,
Sampai bila harus kau tunggu?
Sampai bila?
Tidak mungkin kau akan berubah hanya kerana
menunggu masa untuk berubah.
Tidak mungkin!

Masa akan terus berlalu,
Berlalu dan terus berlalu.
Meninggalkan sisa-sisa kehidupan kau satu tika dulu.
Sisa-sisa kehidupan kau yang sirna.
Sedang kau masih lagi dibuai mimpi-mimpi indah.

Wahai Hawaku,
Walaupun segalanya telah tercalar,
Kau perlu bangun daripada pelukan dosa-dosa silam.
Biarkan masa itu berlalu.
Berlalu meninggalkan kehidupan yang kotor itu.
Taubatlah...selagi pintu itu masih terbuka.
Sesungguhnya Allah swt Maha Pengampun.
Taubat akan mendekatkan dirimu dengan diriNya kembali.

Hawaku,
Sedarilah bahawa kau adalah insan yang paling bertuah.
Peliharalah hatimu agar sentiasa dekat dengan PenciptaMu.
Kuyakin Dia tidak pernah mengecewakan siapa-siapa.
Kutahu segala yang terbuku di ruang hatimu.
Kerna ku jua Hawa sepertimu.
Ingin menjadi bidadari di taman Firdausi.

4 comments:

  1. Salam ziarah,
    Selamat berkarya.
    Terokai ilmu tanpa jemu, bekalan wajib setiap insan. Apa lagi seorang penulis.
    Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  2. terima kasih...
    ilmu tidak akan bercambah jika tidak ditaburkan dengan benih-benih iman dan amal.
    InsyaAllah sebab pertama kali untuk mencuba-cuba dalam dunia penulisan.

    ReplyDelete
  3. Teruskan perjalanan andai kata kita terhenti di tengah-tengahnya...dalam penulisan juga begitu... teruskan usaha kita....Cayok-cayok!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. zah...terima kasih bagi tunjuk ajar...sama-sama kita juangkan bahasa dan bangsa serta PERJUANGAN DIRI.:)

    ReplyDelete